Perjalanan untuk pulang ke lubuk permainan dan menemui abah dan mak berjalan lancar cuma gangguan disekitar jambatan penang sikit terganggu di sebabkan berlaku ciuman mesra 4-5 bijik kereta yang di takdirkan berlaku tanpa pengetahuan manusia.
Anak aku yang ke 2 dan 3 kurang sihat sorang batuk dan sorang demam..isteriku tidak ikut serta sebab tugas.Perjalanan selepas mengisi minyak di juru lancar hingga tiba di halaman rumah sekitar jam 11.40 malam,agak awal dari yang di jangkakan.
Adik aku yang no.6 berserta suami dan anak anak dari Puncak Alam baru saja sampai sejam lebih awal dariku.Malam yang sejuk dan mendamaikan sehingga jam 8.00 pagi.Aku bergegas ke tempat biasa untuk mencari ikan talapia..buat menu tengahari ni...ke pekan lenggong mencari Utusan Malaysia akhbar rasmi penduduk Lenggong dan bagi keluarga Hj Mokhtar utusan adalah lidah rasmi berita sebelum kebangkitan media serba canggih hari ini.
Ke pekan sekali lagi membawa anak aku berjumpa Doktor ..Klinik OK Ong (dah Dato) nampak ada perubahan seperti nama klinik tu OK..Adik aku No.2 bersama anak anak dari Taman Chendawasih tiba dan bertambah keriuhan di pentas penyajian makan tengahari...berselera syukur dengan rezeki ari ni...Amin..
"Ya Allah aku mohon padaMu agar segala perancangan dan urusan kebaikan pada hari ini di berkat dan di rahmati. Ya Allah kekal kan jodoh pertemuan mereka dan perjalanan seterusnya hingga ke akhir hayat."amin.
Menghampiri jam 6.00 petang mesin rumput di halaman dan laluan ke surau..agar perjalanan abah dan mak selesa untuk beribadat di bulan Ramadhan yang sok lusa kita sambut bagi tahun1432-1433H.
Ada lagi tetamu yang bertandang sedara Abah membawa rezeki dan rahmat Ramadhan untuk keluargaku. seronoknya kehidupan di kampong...
Buat Abah Mak,adik adikku,anak anak sedara dan kaum muslimin dan muslimat semua...selamat berposa semuga Ramadhan ini bukan Ramadhan terakhir buat kita...
No comments:
Post a Comment