Kenangan bersama ayahanda bonda sanak saudara sahabat handai mengembalikan nostalgia tersebut membuatkan kita terharu betapa besarnya nikmat Tuhan menyusun atur perjalanan kehidupan seharian kita. Ziarah ke pusaka membuatkan kita betapa kita juga akan kesana hanya menanti waktu saja..sebenarnya kehidupan ini hanyalah seketika saja..walau pon seketika apakah yang kita isikan hari hari yang berlalu tersebut dan hari hari yang bakal mendatang..? Semuga kita tidak lena dengan kehidupan yang sementara ini semata mata mengejar kehidupan kebendaan yang sementara ini...isilah dengan segala bentuk yang memanafaatkan kita di hari kemudian.Mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan nya.
Tidak ada apa yang mengembirakan selain dapat menggembirakan hati ayahanda dan bonda,begitulah sebaliknya aku rasakan pabila anak sulongku menggenggam segulong ijazah pada tanggal 12/10/2011. itulah hari yang penuh bermakna buat aku dan isteri melihat kejayaan anak kami..begitulah sebaliknya ayahanda dan bonda kita melihat kebahgian kita yang kita kecapi hari ini..bukan wang ringgit dan kemewahan tapi kasih sayang dan ingatan yang tulus dari dalam hati sanubari kita.Setiap Ibubapa mahukan yang terbaik buat anak anak mereka agar menjadi insan yang dapat menabur bakti dan jasa pada insan lain dan menjadi generasi yang berilmu dan berakhlak agar dapat terus berbakti kepada Agama,bangsa dan Negara..setiap titik peluh ayah ibu ke bumi yang tumpah bagi mencari sesuap rezeki amat puas rasanya melihat kejayaan anak anak..Ingat anak anak hari ini anda telah mengakhiri zaman sebagai seorang pelajar..mungkin itu yang termampu ayahbonda berikan..maka saat dan detik ini peraturan dan percaturan seterusnya adalah matlamat dan halatuju yang bakal dilalui sepanjang perjalanan yang masih panjang..elokkan lah perancangan,penelitian dan perkiraan yang rapi agar segalanya berjalan dengan baik. Usaha untuk meneruskan sebagai seorang pekerja samada sendiri atau apa saja untuk permulaan perjalanan ini..jangan kita terlalu leka diawal perjalanan ini.persiapkan segala kekuatan dari segi fizikal dan mental.
Permulaan dah bermula...
Buat anak anakku,anak anak sedaraku yang masih dalam perjuangan teruskan perjuangan kalian jadikan ia satu perangsang dan loncatan untuk lebih gigih berusaha kerana jalan telah di rintis untuk kalian....kalian akan mendapat yang lebih baik lagi...selagi kalian terus berusaha tanpa rasa jemu.Kejayaan seterusnya adalah di tangan kalian..ibubapa hanya mendoakan dan menyediakan keperluan yang termampu semata mata untuk merealitikan impian kalian.Permulaan dah lama bermula jika kalian leka..itu satu kesilapan besar perbaiki jatidiri dan bangun dari leka dan mulakan dari saat ini agar kalian berjaya dengan lebih cemerlang....!!!
Anak anakku yang dalam perjuangan jangan mengalah dan membezakan darjat dan kedudukan saingan kita di waktu ini,walau siapa pon mereka..matlamat kalian adalah kejayaan yang cemerlang di akhir perjuangan kalian..mungkin ayahbonda di takdirkan begini tapi itu sebenarnya RAHMAT dari Tuhan buat kalian agar kalian merenung sejenak kejayaan mereka mereka yang telah berjaya..itulah sebenarnya rahmat Tuhan yang kalian perlu sedar...ayahbonda mendoakan dan menantikan hari bahgia seterusnya semuga tuhan memanjangkan usia ayahbonda untuk melihat kejayaan kalian....insyallah..!!!!! amin.