Friday, 11 November 2011

Allah Maha Besar...yang pasti di perlihatkan....kepada hambanya...



salam buat semua....

Allah Maha Besar  pertontonkan pada hambanya akan kebesarannya samada hambanya melihat akan kebesaran tersebut atau sebaliknya...di anugerahkan akal fikiran yang tidak ternilai untuk menilai segala kebesaranNya.Allah Maha Besar dan Mengetahui Segala galanya dan segala galanya dalam kekuasaNya.

Hari ini 10hb November 2011 aku menerima  berita  sedih dan gembira...yang pasti itu adalah perjalanan yang ada pengajaran dariNya untuk kita berfikir sesungguhnya Tuhan telah menetapkan segala ketentuanNya tiba masanya dan detik waktunya tanpa ada penangguhan maka segalanya akan berlaku dengan kehendak dan kebesaranNya.

Awal pagi aku menerima sms dari adik bongsuku memaklumkan bapa saudara kami Allahyarham Mokhtaridi Tahir telah kembali kerahmatullah di Felcra Lekir,Sitiawan.Mereka dalam perjalanan ke sana menziarah jenazah arwah,semuga roh arwah di tempatkan bersama sama mereka yang beriman..Al-Fatihah...amin.

Anak arwah Pan Kayah dan Pan Kamariah,pan kayah mempunyai 3 anak 2 lelaki dan sorang perempuan iaitu Allahyarham UstazAzizi Tahir,Allahyarham Mokhtaridi Tahir dan Allahyarhamah Zainab(Kak Nab)semasa kecil aku pernah di asuh olih arwah Kak Nab beliau menpunyai penyakit Epilepsi, Ayan atau Gila babi ialah penyakit saraf menahun yang menimbulkan serangan sawan mendadak berulang-ulang tak punca.Beliau meninggal dunia di sebabkan penyakit tersebut terjadi dan jatuh kedalam sungai tanpa di sedari olih sesiapa..Al- Fatihah buat semua yang pernah mencurah kasih sayang buatku..semuga roh kalian di tempatkan bersama sama mereka yang beriman.


Lewat malam aku mendapat berita gembira dari adik bongsuku memaklumkan yang kami telah mendapat anak sedara baru baby girl...telah selamat di lahirkan dan Tahniah buat pasangan Mus/Sha semuga bertambah ceria lagi kehidupan kalian dengan rezeki bertambah dan kesihatan yang baik...amin.
Tak sabar rasanya nak menatap orang baru...tentu Opah dan Atuknya gembira dengan berita ini.....syukur ke hadrat Allah dengan segala pemberiaanNya .Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui segalanya..semuga anak ini menjadi anak yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dan menjadi penyeri kepada Ibu dan bapanya.


Sebenarnya ada pengajaran yang di perlihatkan kepada hambanya apa  yang terjadi terhadap makluk ciptaan Nya..Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.


Semuga kita dapat sedikit pengajaran dan keinsafan betapa Allah Maha Besar KekuasaanNya.