Sunday, 26 June 2011

ZAMAN ANAK ANAK...

Aku sambung cerita tempohari,hari ini ada kelapangan waktu dan mood untuk berceloteh dan dari apa yang di ceritakan olih abah/mak/arwah atok/pan.

Abah berkerja kampong menurih getah mak hanya membantu abah untuk memesin getah keping.Abah banyak terlibat dengan kerja kemasyarakatan dan mula berjinak jinak dengan dunia kerjaya baru iaitu Kelas Dewasa..Abah kadang kadang berdayung  sampan dari Beng ke Kota Tampan dan kekadang berjalan kaki dari pengkalan Durian Pipit ke Simpang Raban hanya untuk mencari rezeki keluarga.

Waktu itu dah menjadi satu kebiasaan bagi warga Kampong Beng melalui rutin sebegini.Bersampan dan berjalan kaki,mana  ada sebanyak hari ini motor bot..waktu itu bot tok sharip,awang senget adalah nadi pengangkutan bagi penduduk kampong beng. Apa yang kita kecap pada hari ini adalah perjuangan mereka terdahulu yang bersusah payah untuk hari ini..Terima kasih Tok Ketua..yang di ingat Allahyarham Tok Taha,Tok Isa dan seterusnya hingga terkini..bersatulah demi semua warga Beng.

Aku di manja setiap hari olih mak mak /kakak sedara terutama mak cik Dah anak Arwah Tok Taha semasa kami tinggal di kampong hulu berhampiran rumah Arwah Tok Taha(Bekas Ketua Kampong Beng).Aku juga semasa kecil selalu sakit dan selalu meresahkan Arwah Tok Tahir/Pan terutama Arwah Tok Tahir di mana beliau akan berkorban apa saja untuk aku(maklumlah aku ni cucu sulongnya).
Abah semakin berkerja kuat untuk keluarga dan masyarakat Beng agar suatu hari masyarakat Beng berada di ambang kesenangan dan kemasyhuran di mata masyarakat luar.Walau pon banyak halangan dan rintangan di tempohi dari hari ke hari.Abah pengorbanan abah bukan sia sia Abah !Abah tetap menjadi kebanggaan kami anak anak,adik adikku walau bagaimana abah hari ini banggalah dengan Abah kita...Abah dah banyak berkorban untuk kita dan keluarganya.Abah selalu ingatkan Kampong Beng kampong kelahirannya..tentu ada yang teristimewa padanya..melihat kejayaan anak anak beng berbanding di eranya.


Waktu bayi dan awal kanak kanak aku sering sakit,Tok Tahir telah bernazar sekiranya aku sembuh dari penyakit.Syukur akhirnya aku sembuh dan beliau telah tunaikan nazarnya dan aku di botakkan...agaknya itulah aku suka berkepala botak.Aku ada banyak kenangan bersama Atuk..atuk tidak pernah meninggikan suara pada aku dan selalu memanjakan aku dan semua cucunya semasa hayatnya.Berlainan dengan abah lebih tegas dan bersungguh sungguh mahukan kejayaan buat anak anak dan generasi anak cucu cicitnya berjaya dan menikmati kehidupan yang lebih baik daripada nya.
Hari ini abah bolih tersenyum bangga kerana anak anak,anak didik beliau ada yang berjaya dan ada juga anak didiknya yang bergelar jutawan.

Aku terus membesar sehingga berusia 6 Tahun dan diusia 7 tahun aku telah di sekolahkan di srjk(I) Lenggong dan aku berpisah dgn mak/abah/tok dan pan aku tinggal bersama Arwah tok hassan/pah hawa di kampong bor.Aku di manja olih pah/tok kerana aku adalah cucu sulong dari anak mek(gelaran buat mak kerana mak satu satunya anak perempuan tok/opah).aku dikeliling olih pak sedara dan kaum keluarga di sebelah mak.
Di masa kecilku aku dikeliling olih kasih sayang yang melimpah ruah..terimakasih semua..

Hari ini kita kehausan kasih sayang..tapi hakikatnya kita masih ada kasih sayang yang terikat kukuh kita makin membina satu keluarga besar yang di dalamnya ada bermacam ragam kerenah tapi satu saja hindarilah perasan hasad dengki sesama kita..saudara kita,masyarakat kita dan saudara seislam kita.
Sebenarnya kita di ancam pelbagai dakyah  agar kita umat islam berpecah belah..kembalilah kepada satu iaitu perpaduan eratkan tali persaudaraan kita,masyarakat kita dan umat islam keseluruhannya dengan kalimah

shahadahAKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH
Buat semua adik adikku,sedara maraku dan bangsaku terutama umat islam bersatulah dan hindari lah permusuhan sesama kita dan sesungguhnya kita adalah umat yang kuat dan umat yang berjaya.Jangan lah kita bercakaran sesama kita hanya untuk kemewahan sementara di dunia ini ...di sana adalah yang kekal abadi..
kita sambung lagi...



Friday, 24 June 2011

AYAHANDA DAN BONDA YANG KU RINDU..


Ayahanda Bonda yang amat ku rindui...
.semuga di kala ini sihat sejahtera dan selalu di rahmati dan di berkati olih Allah swt setiap detik dan ketika...Ya Allah ampunkan kedua  ibubapaku dan berilah kesihatan yang baik untuk mereka beribadat kepada mu Ya Allah murahkan rezeki mereka dan lanjutkan usia mereka untuk mereka memuji dan bertasbih kepadamu Ya Allah....amin.

Aku  di lahirkan  pada 25hb Jun 1964 hari ni genap usiaku 47 Tahun dan aku cukup bangga punya ibubapa yang benar benar mengambil berat tentang anak anak mereka untuk berjaya dalam hidup.Mak Abah maaf kan saya ,saya nakal dan telah gagal untuk memenuhi impian abah dan mak untuk ke menara gading..

Walau apa pon kejayaan adik adik yang lain sedikit sebanyak telah mengubat abah dan mak..kehidupan kita susah di kala itu abah dan mak,biarlah adik adik berjaya dalam kehidupan mereka dan masa depan mereka.Tetapi tertanam satu keazaman bahwa saya akan buktikan kesusahan itu bukan satu halangan untuk berjaya abah dan mak,saya buktikan hari ini bahwa waris  cucu pertama mak dan abah telah berjaya menggengam segulong ijazah dan itu lah hadiah yang teristimewa dari saya untuk abah dan mak sempena hari lahir saya hari ini.

Anak saya yang kedua juga akan mengikut jejak abangnya dan akan menapak ke Menara Gading dalam bulan Sept. ini insyaallah..selepas Hari Raya Puasa.Anak mak dan aabah yang no.2 juga anak anaknya telah berjaya ke menara gading...saya akan pastikan anak anak sedara saya yang lain  berjaya dalam pelajaran dunia dan menitik beratkan pendidikan akhirat sebagai bekalan melangkah ke dunia yang lebih mencabar di luar sana.

Terima kasih Mak kerana melahirkan saya dan adik adik,abah terima kasih kerana telah berjaya membesarkan kami adik beradik walau pon dalam keperitan...kami bangga dengan abah yang berusaha untuk memberi yang terbaik buat kami..kami semua rindukan abah dan mak..

Abah mak masih terbayang lagi dari cerita cerita di waktu kecil betapa Arwah Tok/Pan/Abah dan Mak,Pah Hawa/Tok Hassan begitu menyayangi saya begitu berat bebanan yang abah tanggung untuk membesarkan saya dengan pelbagai dugaan..abah mak dan semua mampu menghadapinya dengan sabar.

Hari ini anak abah mak jugak punya kekuatan untuk meneruskan kejayaan buat cucu mak abah dan generasi seterusnya agar berada dalam kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.Apa yang penting hari ini saya dah kotakan bahwa sesungguhnya kejayaan ada di depan kita jika kita terus berusaha dan berani mencuba untuk lebih maju dan mengubah kehidupan kita.

Anak anakku,anak anak sedaraku rumah pertama atok/opah sejak pak long di lahirkan berdindingkan kepingan buluh,beratap nipah,berlampukan pelita minyak..atok /opah kamu semua punya agenda tersendiri dan berani mencuba berusaha untuk kehidupan yang lebih sempurna untuk anak cucu cicitnya....belajarlah bersungguh sungguh dan berilah satu hadiah yang sangat berharga buat ibubapa kamu..kemiskinan bukan satu halangan sebenar untuk menuju kejayaan..
kemuliaan hati,kejujuran,keikhlasan dan saling tolong menolong  di antara satu sama lain dan jauhi lah perasan hasad dengki yang memungkinkan kita termasuk dalam mereka yang tidak beriman..jujur dan ikhlas lah dalam segala hal dan kemasyarakatan...

Sesungguhnya adik adikku..Fatimah,Mariah,Khadijah,Muslim,Zaharah dan Sakinah serta pasangan masing masing serta anak anak sedaraku semua..dan buat isteriku Jamilah..aku amat menyayangi kalian semua sekiranya di bolihkan segala kesusahan yang di tanggung biarlah diri aku yang menerima segala azabnya..maafkan aku sekiranya aku pergi dulu dari kalian semua.

Maafkan aku isteriku yang amat menyayagi diriku dan keluargaku anak anakku kehidupan perlu di teruskan..
AKU SAYANG KALIAN SEMUA..
AKU RINDU ABAH MAK AMPONKAN SEGALA KESALAHAN SAYA HALALKAN MAKAN MINUM SAYA... Assalamuaikum wbt..


Luahan hati sempena hari lahir ke 47 (25/6/2011@01.06AM)

AL-FATIHAH..

ALLAHYARHAM HAJI TAHIR BIN PANJANG AHMAD
KEMBALI KE RAHMATULLAH 1990


Arwah Tok mempunyai 3 orang adik beradik yang pertama Arwah Tok Semaun yang tinggal di Kampong Changkat Berangan kedua Arwah Tok Tahir yang menetap di Kampong Beng dan yang bongsu Arwah Tok Nawi yang tinggal di Bendang Selinsing,Sauk.Bapa mereka bernama Panjang Ahmad bin Abd Rahim.

Arwah Tok Semaun mempunyai paling ramai anak iaitu Pak We Din (Changkat Berangan),Gayah(Kampong Durau),Yang Nab(Kampong Durau),Mak Dak Sidah(Changkat Berangan), Zaharah(Lenggong) dan Wahab.Arwah Tok Tahir mempunyai 2 orang anak sahaja iaitu Mokhtar(kampong Bor),Rabeh(Kampong Beng) dan yang bongsu Arwah Tok Nawi mempunyai seorang anak Pak We Seman (Tapah)

TokTahir telah berkahwin dengan Kamariah bte Sharip.Adik beradik Arwah Pan Kamariah ada 4 orang iaitu Pan Kayah berkahwin dengan Tok Tahir Gebang anak anaknya Arwah Azizi(Taiping),Mokhtaridi (Felcra Lekir),dan Arwah Mak Cik Nab(meninggal di dalam Sungai) kedua Pan Kamariah ketigaTok Man-Abd Rahman(Luat)berkahwin dengan Arwah Pan Sepiah mempunyai 5 orang anak Zammaah(Luat),Pak Lang Din Luat),Pak Pandak Wi -Damanhuri(Ipoh),Mak Jang Pani-Arpani(KL),Mak Cik Jah(Selangor) dan yang bongsu Awah Tok Adam (meninggal di Sungai Perak dalam bulan Ramadhan)

Arwah Tok/Pan menetap di kampong Beng tapak rumah pertama adalah di sebelah bawah tapak rumah Tok Tahir Gebang ,rumah kedua di Bukit Nunggol dan rumah terakhir setelah anaknya Hj Mokhtar berpindah ke Kampong Bor dan beliau menetap di rumah sebelah Masjid Kampong Beng hingga beliau menghembus nafas terakhir pada tahun 1990.

Beliau adalah Guru Agama dan Naib Kadi Kampong Beng.Beliau memulakan rutin harian jika tidak ada kelas mengaji kitab dengan menjala ikan,memukat dan menjalankan kerja kampong.Saya masih ingat di waktu cuti sekolah saya akan habiskan masa percutian bersama Pan/Tok di kampong Beng.Di awal pagi selalunya Tok akan turun ke sungai dengan membawa jala dan kekadang saya akan mengikut beliau untuk menjala di sekitar Chuas.Jamban batang kami di balik bukit (belakang sekolah)Selalunya cukup lah ikan yang di jala untuk sarapan pagi.Saya akan mendapatkan Pan dan resepi ikan goreng garing,sambal nyor(kelapa) dan ulam ulam selalunya pucuk petai muda adalah kesukaan saya.Kami bersarapan bersama....Tok akan membuka kitab kitab sementara menunggu waktu zohur...saya selalu di tugaskan untuk menulis jadual kedatangan kelas mengaji beliau(dimasa rajin)Waktu itu dan kekadang bersama gang beng merayap di segenap ceruk kampong.

Waktu itu bagi saya semua adalah sedara mara setakat makan,minum,tido tidak menjadi kisah..ya lah zaman anak anak...nakal ..Rumah Tok dan Pan selalu di  kunjungi olih mereka yang ingin mendalami ilmu agama.....

Saya akan sambung lagi...