Saturday, 30 July 2011

Mudah dan di permudahkan lagi segala bicara..

salam buat all..

Perjalanan untuk pulang ke lubuk permainan dan menemui abah dan mak berjalan lancar cuma gangguan disekitar jambatan penang sikit terganggu di sebabkan berlaku ciuman mesra 4-5 bijik kereta yang di takdirkan berlaku tanpa pengetahuan manusia.
Anak aku yang ke 2 dan 3 kurang sihat sorang batuk dan sorang demam..isteriku tidak ikut serta sebab tugas.Perjalanan selepas mengisi minyak  di juru lancar hingga tiba di halaman rumah sekitar jam 11.40 malam,agak awal dari yang di jangkakan.
Adik aku yang no.6 berserta suami dan anak anak dari Puncak Alam baru saja sampai sejam lebih awal dariku.Malam yang sejuk dan mendamaikan sehingga jam 8.00 pagi.Aku bergegas ke tempat biasa untuk mencari ikan talapia..buat menu tengahari ni...ke pekan lenggong mencari Utusan Malaysia akhbar rasmi penduduk Lenggong dan bagi keluarga Hj Mokhtar utusan adalah lidah rasmi  berita sebelum kebangkitan media serba canggih hari ini.
Ke pekan sekali lagi membawa anak aku berjumpa Doktor ..Klinik OK Ong (dah Dato) nampak ada perubahan seperti nama klinik tu OK..Adik aku No.2 bersama anak anak dari Taman Chendawasih tiba dan bertambah keriuhan di pentas penyajian makan tengahari...berselera syukur dengan rezeki ari ni...Amin..

Sekitar jam 3.00 petang rombongan dari Lenggong datang membawa hajat besar untuk merapatkan hubongan kekeluarga,senang cakap mudah dan di permudahankan...semua berjalan lancar..semuga niat baik dan hubongan ini berkekalan hendaknya.
"Ya Allah aku mohon padaMu agar segala perancangan dan urusan kebaikan pada hari ini di berkat dan di rahmati. Ya Allah kekal kan jodoh pertemuan mereka dan perjalanan seterusnya hingga ke akhir hayat."amin.

Menghampiri jam 6.00 petang mesin rumput di halaman dan  laluan ke surau..agar perjalanan abah dan mak selesa untuk beribadat di bulan Ramadhan yang sok lusa kita sambut bagi tahun1432-1433H.
Ada lagi tetamu yang bertandang sedara Abah membawa rezeki dan rahmat Ramadhan untuk keluargaku. seronoknya kehidupan di kampong...


Buat Abah Mak,adik adikku,anak anak sedara dan kaum muslimin dan muslimat semua...selamat berposa semuga Ramadhan ini bukan Ramadhan terakhir buat kita...



Tuesday, 26 July 2011

Malaysia Tumpah Darahku...

RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia
Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan British pada masa itu telahpun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut digubal berikutan penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan Union telah mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak perlembagaan tersebut lebih menguntungkan pihak British berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut juga dikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.
Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah: Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu; Hak keistimewaan orang Melayu; Agama; dan Bahasa.
Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu.
1. Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong
Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kaitan dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41.
Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amlan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan.
2. Agama Islam
Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama.
3. Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu
Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam – Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi – Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran – Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).
Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu merupakan penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberikan hak keistemewaan tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek yang dinyatakan di atas bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain.
4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.
Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara, aspek sejarah perlu dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama.
Maklumat Ahli Parlimen
MAKLUMAT
 
NamaShamsul Anuar bin Nasarah, Y.B. Dato'
Jawatan dalam KabinetTiada
PartiBN - UMNO
ParlimenP055
KawasanLenggong
NegeriPerak
No. Telefon05-7677 007
No. Fax05-7679 007 / 05-7677 818
E-Maillenggong@parlimen.gov.my
Alamat Surat-menyuratPusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 33400 Lenggong, Perak.
Image

ADUN KOTA TAMPAN
YB DATO’ HAJI SHAARANI BIN MOHAMAD
      
Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,              
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,                  
30000 Ipoh,                         
Perak                                          
05 – 2541603 (P)
05 – 2414867 (F)
05 – 751 1944 (R) 

Friday, 1 July 2011

Perjalanan ke Lapang Sasar..

Salam buat semua..

Hari yang letih tiba dirumah sekitar jam 2.00 petang dari Baling Kedah.setelah mendapat panggilan dari anak kesayangan memberitahu dah  bolih balik, waktu tu masih lagi di Kedai Tayar untuk menukar 2 butir tayar kereta yang telah rosak samada  di sabotaj atau terkena benda tajam.Siap tayar di bedah siasat sekitar 11.00 pagi terus ke Baling perjalanan tiada masaallah di pulau menghala jambatan.

Sampai di MRSM Baling perkena Nescafe tarik di cafetaria sementara menunggu anak mengisi borang keluar bersama kawannya Iman yang ikut serta untuk  balik ke Kuala Lumpur menaiki Pesawat MAS jam  7.45PM,tempohari Imam telah tertinggal pesawat kerana masaallah trafik di Penang yang tidak menentu saya cadangkan agar Iman menaiki pesawat lewat untuk memastikan peristiwa tempohari tidak berulang.

Dalam perjalanan dari Baling ke Penang singgah di salah satu gerai untuk membeli duriyen,manggis dan rambutan buat penyedap badan...memasuki jambatan Penang kesesakan mula di rasa tapi masih lancar.Buah duriyen,manggis dan rambutan tidak dapat bertahan lama kerana keenakan buah tempatan ni makan tengahari dilanjutkan di waktu berikutnya.
Setelah Iman berlepas keKL perancangan awal selepas Isyak bertolak keLenggong,tapi anak anak ingin menonton siaran langsung pelawanan Bolasepak Malaysia vs Taipie,membuta sekejap tapi sedap pulak bolasepak malam ni berjaga sekejap..
sekitar jam 11.05 malam bertolak ke Lenggong perjalanan aman tanpa gangguan,di pandu olih anak sulong dan berlabun hingga ke sauk..singgah di warung untuk perkena nescafe..teringin pulak dengan menu mee kuah  anak anak order yang berlainan dan pinggan beralih tempat untuk merasa menu yang berlainan.sedap jugak lapar pon ada jugak..tiba sekitar 1.15 AM di halaman rumah ayahbonda..adik bongsu yang membuka pintu.

Pagi ke sangkar ikan talapia kota tampan untuk membeli ikan buat menu tengahari dan masakan emak pasti sedop..bersarapan bersama abah,mak dan bertolak ke Grik ke Lapang Sasar Air Ganda,Grik.Keliru gak maklum lah setahun sekali..Terimakasih kepada Tuan ASP Nordin dan anak buah yang sedia berkhidmat dan memberi layanan istimewa buat semua tetamu mereka di Lapang sasar..senda gurau,gelak ketawa di selang seli dengan bunyi tembakan...seolah semua yang hadir pada pagi itu sudah kenal lama di antara satu sama lain..Acara di lapang sasar tamat masih ada acara minum di warung berhampiran..suasana  amat meriah.. masih ada budi yang luhur yang terbentang di hadapan ..itulah realiti penjawat awam yang selalu di tohmah tapi sebenarnya di daerah ini mereka patut di anugerah penjawat awam no.1..dan jugak masyarakat no.1.

Tamat hampir jam 12.30 pm sedar dah sampai ke Pekan Lenggong dan singgah untuk membeli cili burong,petai dan jering...enak nya makan tengahari nanti.bersembang dengan Abah di sepanjang perjalanan dari Grik ke Lenggong.
Selepas solat Zohor masakan telah tersedia olih mak dan apa lagi..laju jugak abah makan ari ni..emak pon mulanya ingin meneman saja...tapi sebaliknya pulak..anak anak dah bedal duriyen lagi...nasi lemak....acara seterusnya semua terlena..abah di atas kerusi malas je...emak pon sama gak..
mak berubah tempat dan lena lagi...

Perjalanan malam ke Lenggong..dan perjalanan malam jugak ke Penang sejuk dan mendamaikan...ada lagi lalui jalan lama dan masuk tepeng beli duriyen lagi...ini rezeki adik perempuanku dan anak anaknya di Taman Chendawasih..singgah berlabun sekitar jam 12.00 malam dan minta diri untuk balik.....
perjalanan bersama anak anak  yang meletihkan tapi cukup meriah...Terimakasih anak anakku menemani ayah sepanjang perjalanan....