Abah berkerja kampong menurih getah mak hanya membantu abah untuk memesin getah keping.Abah banyak terlibat dengan kerja kemasyarakatan dan mula berjinak jinak dengan dunia kerjaya baru iaitu Kelas Dewasa..Abah kadang kadang berdayung sampan dari Beng ke Kota Tampan dan kekadang berjalan kaki dari pengkalan Durian Pipit ke Simpang Raban hanya untuk mencari rezeki keluarga.
Waktu itu dah menjadi satu kebiasaan bagi warga Kampong Beng melalui rutin sebegini.Bersampan dan berjalan kaki,mana ada sebanyak hari ini motor bot..waktu itu bot tok sharip,awang senget adalah nadi pengangkutan bagi penduduk kampong beng. Apa yang kita kecap pada hari ini adalah perjuangan mereka terdahulu yang bersusah payah untuk hari ini..Terima kasih Tok Ketua..yang di ingat Allahyarham Tok Taha,Tok Isa dan seterusnya hingga terkini..bersatulah demi semua warga Beng.
Aku di manja setiap hari olih mak mak /kakak sedara terutama mak cik Dah anak Arwah Tok Taha semasa kami tinggal di kampong hulu berhampiran rumah Arwah Tok Taha(Bekas Ketua Kampong Beng).Aku juga semasa kecil selalu sakit dan selalu meresahkan Arwah Tok Tahir/Pan terutama Arwah Tok Tahir di mana beliau akan berkorban apa saja untuk aku(maklumlah aku ni cucu sulongnya).
Abah semakin berkerja kuat untuk keluarga dan masyarakat Beng agar suatu hari masyarakat Beng berada di ambang kesenangan dan kemasyhuran di mata masyarakat luar.Walau pon banyak halangan dan rintangan di tempohi dari hari ke hari.Abah pengorbanan abah bukan sia sia Abah !Abah tetap menjadi kebanggaan kami anak anak,adik adikku walau bagaimana abah hari ini banggalah dengan Abah kita...Abah dah banyak berkorban untuk kita dan keluarganya.Abah selalu ingatkan Kampong Beng kampong kelahirannya..tentu ada yang teristimewa padanya..melihat kejayaan anak anak beng berbanding di eranya.
Waktu bayi dan awal kanak kanak aku sering sakit,Tok Tahir telah bernazar sekiranya aku sembuh dari penyakit.Syukur akhirnya aku sembuh dan beliau telah tunaikan nazarnya dan aku di botakkan...agaknya itulah aku suka berkepala botak.Aku ada banyak kenangan bersama Atuk..atuk tidak pernah meninggikan suara pada aku dan selalu memanjakan aku dan semua cucunya semasa hayatnya.Berlainan dengan abah lebih tegas dan bersungguh sungguh mahukan kejayaan buat anak anak dan generasi anak cucu cicitnya berjaya dan menikmati kehidupan yang lebih baik daripada nya.
Hari ini abah bolih tersenyum bangga kerana anak anak,anak didik beliau ada yang berjaya dan ada juga anak didiknya yang bergelar jutawan.
Aku terus membesar sehingga berusia 6 Tahun dan diusia 7 tahun aku telah di sekolahkan di srjk(I) Lenggong dan aku berpisah dgn mak/abah/tok dan pan aku tinggal bersama Arwah tok hassan/pah hawa di kampong bor.Aku di manja olih pah/tok kerana aku adalah cucu sulong dari anak mek(gelaran buat mak kerana mak satu satunya anak perempuan tok/opah).aku dikeliling olih pak sedara dan kaum keluarga di sebelah mak.
Di masa kecilku aku dikeliling olih kasih sayang yang melimpah ruah..terimakasih semua..
Hari ini kita kehausan kasih sayang..tapi hakikatnya kita masih ada kasih sayang yang terikat kukuh kita makin membina satu keluarga besar yang di dalamnya ada bermacam ragam kerenah tapi satu saja hindarilah perasan hasad dengki sesama kita..saudara kita,masyarakat kita dan saudara seislam kita.
Sebenarnya kita di ancam pelbagai dakyah agar kita umat islam berpecah belah..kembalilah kepada satu iaitu perpaduan eratkan tali persaudaraan kita,masyarakat kita dan umat islam keseluruhannya dengan kalimah
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH
Buat semua adik adikku,sedara maraku dan bangsaku terutama umat islam bersatulah dan hindari lah permusuhan sesama kita dan sesungguhnya kita adalah umat yang kuat dan umat yang berjaya.Jangan lah kita bercakaran sesama kita hanya untuk kemewahan sementara di dunia ini ...di sana adalah yang kekal abadi..
kita sambung lagi...


No comments:
Post a Comment